Friday, December 10, 2010

Sakae Sushi

owhhhh aku mmg suka makan sushi...sgt2 suka..lunch tadi akak ofismate aku belanja Sakae Sushi kat KLCC bersama 2 org lagi ofismate sempena besday aku yg dh lepas sebulan yg lalu..baru hari ni berkesempatan dia nak belanja..thanks sis

1st time aku masuk kedai sakae sushi ni..selalunya kalau nak makan sushi aku masuk sushi king je..not bad juga la sushi dia..sedappp 

pilihhh timeee..masa ni mata aku meliar betul nak cari sushi yg menarik utk disumbatkan ke dalam mulut aku..owhhh aku suka yg tu, lepas tu nampak plak satu sushi yg nampak mcm sedap, pastu nak yg ni plak..byknyeeee pilihannnn..alaaaa..sushi yg aku nak tu dah terlepassss..tak sempat nak ambik sbb sibuk jd photographer td..xpe tunggu satu round lg..jgn sampai terlepas buat kali kedua..

sempat lagi nak posing..smileeee..erkkk bape byk piring kat depan aku tu? tu baru suku je..ekekeke baru 10min duduk..kerusi pn tak panas lagi..tp seyes sos yg kaler hitam tu sgt pedas rasanya

sushi ni rasa dia mcm keropok pun ada...yg pasti pedas dan crunchy


ofismate aku yg lain dh full..so sushi ni semua aku yg perabih kan..hikhik selagi boleh sumbat aku sumbatkan je dlm mulut

utk minuman plak, aku order green tea dia..sangatttttt sedap laaa..tak pahit dan tak juga manis..tp mmg tak letak gula pon..compare green tea yg penah aku minum, yg ni sekali minum aku rasa nak tambah dan tambah dan tambah lagi..

pendapat aku? sedap juga la dan mmg tak rugi kalau nak makn sushi king kat Sakae Sushi..oppssss lunch time is over...korang, jom balik opissss, kalo tak bos hambat kita semua dengan tongkat sakti dia...larikkkk



Thursday, December 9, 2010

Kacang Punca Jerawat

Jerawat kat muka? tidakkkk..kalau la boleh katakan tidak kepada jerawat..

Betul ke teori ni? kacang merupakan punca jerawat? tak kisah la samada betul ke tak tapi benda ni memang berlaku pada aku..setiap kali makan kacang tak lama lepas tu mesti ada je jerawat gatal ni nak menunjukkan diri..

setelah sekian lama cik jerawat tak sudi menyinggah di muka aku..lepas je makan kacang goreng yang mak beli 3 hari lepas, cik jerawat tak menunggu lama untuk memunculkan diri di tempat yang tak sepatutnya..so, macam biasalah kan bagi orang yg jarang ada jerawat kat muka, sekali sekala dia muncul akan menjadi bahan kepada org di sekeliling aku especially ofismate aku...ngeeeeee

kemudian aku terfikir, betul ke sebab kacang? atau mungkin sebab aku terlalu memikirkannya? tp most of the time jerawat ni muncul lepas aku makan kacang..dah agak lama juga aku benti makan kacang dan selama tu juga muka aku tak dihinggapi oleh cik jerawat..saja nak try betul ke tak teori kacang adalah penyebab jerawat..dan aku rasa teori tu mmg kene pada aku..

it's not a big deal sbb teori tu tak sure betul ke tak..mungkin pd org lain tak tp pada aku itu salah satu sbbnya..bertahan utk tak makan kacang selagi boleh sbb kacang adalah salau satu makanan feveret aku..hak hak hak


Wednesday, December 8, 2010

Payung

Macam mana boleh lupa yang skang ni musim hujan????heeeeeee bila nak balik keje je ujan lebat, so terpaksa tunggu sampai hujan reda..kadang2 macam dah tak boleh nak tunggu, aku redah juga la bila rasa2 hujan yang turun tak kan sampai bagi aku basah kuyup



lepas je keluar ofis tadi dalam kul 7, dengan meredah hujan yang tak berapa nak renyai sambil berjalan sepantas yang mungkin menuju ke stesen putra LRT, sampai je kat kl sentral aku terus merayau2 mencari payung dan jumpa kiosk yang jual payung yg kiut miut..murah je..RM10 satu..tak tau boleh tahan bape lama sebab sebelum ni payung aku boleh tahan sebulan je, lepas tu ada je part yg rosak..tp at least boleh tahan sampai abis musim hujan ni pun kira bersyukur juga la

lepas ni takde lah aku risau pasal hujan lagi..ngeeeee

Tuesday, December 7, 2010

Petua Memerahkan Bibir

Ok untuk en3 kali ni..aku nak share petua memerahkan bibir secara semula jadi..again secara semula jadi occay..maknanya tanpa bantuan lipstik atau segala alat kosmetik yang berada di pasaran

Sekadar gambar hiasan



Apa petuanya?
Korang sapukan bibir korang yang mengancam tu dengan mentega atau marjerin sebelum tido..aku sapu mentega yang aku sapu kat roti setiap kali aku breakfast..sapu setiap malam sebelum korang tido...tadaaaaa hasilnya dalam seminggu je korang dah boleh nampak..tapi diingatkan, petua2 macam ni korang kene rajin tau..beauty is pain kan..rasa-rasa korang still tak puas hati, sapu lagi sampai nampak hasil..

oucchhhh peringatan pada yang sudah berkahwin : hati-hati dengan sapuan mentega sebelum tido..takut ada suami yang melenting sebab setiap malam dapat rasa mentega sebelum tido...ngeeeeee

Petua ni bukan aku yang cipta..aku sendiri cari sumber ni kat internet...just nak share pada semua pembaca blog si bubble yang lebam ini. Selamat mencuba




Salam Awal Muharram (1432H)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
 
Hari ini kita telah masuk dalam Tahun Islam yang baru iaitu 1 Muharram 1432 H, pada 1 Muharram ini lah berlakunya peristiwa penting dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Dari peristiwa ini lah kita umat islam diseru agar berhijrah daripada keburukan kepada kebaikan, aku pun akan cuba untuk meningkatkan lagi azam untuk berubah ke arah yang lebih baik, harap kita sama-sama dapat melakukannya..amin..:)

Notakaki: Blog aku pun dah berhijrah ke tempat yang baru...semoga di ruangan yang baru ni aku akan lebih rajin untuk menulis..

Monday, December 6, 2010

New Template

Ohhh my new template...happy shopping

Knape aku pilih template ni walhal aku bukan shopaholic..boleh dikatakan aku shopping 2 bulan sekali je...bila aku rasa perlu untuk shopping baru aku shopping..untuk jejak kaki aku ke shopping complex tu kene paksa diri baru la nak bershopping..kadang2 pegi je shopping complex tapi tak beli apa pun..

Aku suka pilih benda2 yang bertentangan dengan diri aku..macam seolah2 tak menggambarkan diri aku langsung..tp aku mmg suka dengan keadaan itu..memilih sesuatu yang bertentangan dengan diri aku..hidup aku sekarang perlu diwarnai dengan mcm2 perkara..supaya aku tak rasa bosan..dan yang penting aku sangat happy dengan kehidupan aku walaupun aku sendiri...yeahhhh life must go on..

Sunday, December 5, 2010

My new Blog

Tadaaaaaaa

This is my new official blog..kenapa aku create yang lain? untuk memulakan hidup yang baru, aku perlukan mood yang baru dan semuanya baru termasuk blog untuk aku menulis..yes, aku akui aku tak la rajin untuk menulis dalam blog ni, but at least aku ada tempat untuk aku bercerita bila aku rasa perlu. Aku harap aku sentiasa rajin untuk menulis disini.

Happy reading.