Friday, March 11, 2011

Kenapa Tak Boleh Komen Dalam Blog?

haishhh..hari ni cik bubble baru perasan yang blog cik bubble ni tak boleh sesiapa pun komen kat setiap entri (bukan cik bubble tak nak bagi u ols komen tau)...ampunnnnn cik bubble memang tak perasan langsung pasal hal ni..maklum la kan..sebagai orang yang masih mentah dalam dunia blogging ni, banyak lagi yang cik bubble perlu belajar..


so apa yang perlu cik bubble buat? mungkin setting untuk template blog cik bubble takde function yang membenarkan readers komen..nampaknya cik bubble kene godek2 lagi setting blog cik bubble..tapi yang pasti bukan hari ni la ye..dan juga bukan esok..banyak aktiviti yang lebih penting perlu didahulukan..

Thursday, March 10, 2011

Lunch @ Madam Kwan's Restaurant @ KLCC

alhamdulillah...murah rezeki kami cik bubble and da geng bila semalam big boss belanja pizza sebab dia teringin makan pizza..harini boleh dikatakan bos besar juga la belanja kami lunch kat Madam Kwan's Restaurant @ KLCC..disebabkan kami ni boleh dikatakan geng jahat juga la kan..lunch hour yang sepatutnya pukul 1 kitaorg selamba katak keluar pukul 12 tghari (ini memang tempah maut ni keluar 1 jam awal..opsssss buat jahat berpada2 yeee..kebetulan bos besar yang belanja so takde hal la keluar lunch awal)



eeee malunyaa nak mengaku tapi cik bubble dengan rasa rendah diri disini nak buat pengakuan ikhlas yang ni kali pertama cik bubble dengar nama kedai makan Madam Kwan's..sebelum ni tak penah dengar pun..mula tu was2 juga nak masuk ingatkan restoren cina..tapi bila bos explain yang kebanyakan pekerja tu beragama Islam dan ada cert halal, baru la confident nak masuk..

apa yang cik bubble order? tadaaaaaa cik bubble order fish and chips, fresh orange dengan aiskrim coklat..sangat sedapppp..



tapi sebelum makan posing dulu...peace!!!!


jemput makan ye kengkawan...


dekat 2 jam juga la lepak dekat Madam Kwan's..seronok sangat bergossip sampai lupa donia..gosip la sangat kannnn..sebelum balik posing lagi sekali..cik bubble and da geng ni memang suka bergambar la..hiksssss



ok dah puas makan..bergambar pun dengan macam2 gaya..cik bubble and da geng nak balik ofis...daaaaaa


Tuesday, March 8, 2011

Apa aktiviti kat ofis bila internet tak ada???

hari ni dah masuk hari yang ke-3 ofis cik bubble takde internet..susah juga kan kalau internet takde ni..satu hal sebab bosan tak boleh nak layan facebook, layan forum dan layan segala hal yang berkaitan internet (nampak sangat la cik bubble ni kejenya kat ofis suka LOGIN benda bukan2)..cik bubble bukan macam tu occay..maksud cik bubble tadi ialah susah nak berinteraksi dengan orang lain yang memerlukan cik bubble menggunakan email..kejap2 pinjam BERUKBAND ofismate...ALASAN!!!!

disebabkan tak semua ada BERUKBAND kat ofis, so masing2 buat aktiviti bebas sementara menanti dengan penuh harapan moga2 ada la internet dalam masa terdekat..so sementara menanti, macam2 gaya cik bubble tengok kat dalam ofis tu..

gaya seorang boss yang tensen sebab nak email pada customer pun tak boleh...alaaaa apa susah, pegi jela mana2 starbucks terdekat..poket tebal pun still ada masalah macam ni ke? ngeeeeeee



ni fokus buat keje ke atau boring sebab internet takde?


haaa yang ni kes parah untuk fulltime/professional blogger..kalau line internet takde, dah macam business tak berjalan kalau ada business..haru jadinya


tido atas meja mengadap PC? owhhh pemandangan macam ni dah biasa sejak 3 hari yang lepas..dan cik bubble la salah seorang dari mereka yang tido depan PC sementara menanti mana2 BERUKBAND yang free untuk cik bubble pinjam..



ada seorang ofismate tanya cik bubble, macam mana la orang dulu2 buat keje takde internet ni..so cik bubble pun terfikir, mungkin perubahan taraf hidup manusia semakin meningkat, kita sebagai manusia dah biasa dengan apa yang dah tersedia depan mata, sekali benda tu takde itu yang nampak susah..

KESIMPULAN : internet ni sebenarnya merupakan satu keperluan masa kini..internet bukan saja medium untuk cari info, tapi juga tempat untuk cari rezeki seperti bizz online dan macam2 lagi la..cuma berbalik pada diri sendiri juga sebenarnya macam mana cara untuk kita menggunakan internet..






notatangan : gambar2 diatas di copy n paste dari mr.google..tq pada mr.google

Sunday, March 6, 2011

Karnival Pengantin

memandangakn cik bubble bakal menjejakkan diri ke alam perkahwinan (ohh seperti mimpi di siang hari yang cik bubble ni sebenarnya dah semakin tua..tapi rasa macam umur belasan tahun je..perasan!!!!!), jadi amat penting untuk cik bubble ambil tahu berkenaan karnival pengantin..serius cakap cik bubble tak pernah tau pun pasal karnival2 pengantin sebelum ni..karnival jom heboh tau la cik bubble..see, nampak sangat macam cik bubble ambil remeh je hal2 nak kawin ni kan



so berkat information dari encik suratkhabar metro, cik bubble pun buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke karnival pengantin bertempat ni Exhibition Hall The Mines, Serdang..memandangkan ini kali pertama cik bubble pegi, so tak boleh nak komen la meriah atau tak karnival ni..cuma tadi orang tak berapa ramai..rasanya lagi ramai orang yang buka booth dari pengunjung..sampaikan tak cukup tangan nak ambil flyers yang diberikan pada cik bubble..

haiyooo sangat pening occay bila kiri kanan depan belakang dorang dok hentam cik bubble dengan pelbagai pakej sehinggakan cik bubble rasa macam tak boleh berfikir secara rasional mana satu nak ambil..so sebagai peringatan kepada cik bubble dan juga pada u ols yang bakal menjadi raja sehari dalam masa terdekat ni, disini cik bubble senaraikan tarikh-tarikh penting untuk karnival pengantin :



31/12 - 1/2/2011 : Stadium Melawati Shah Alam.
1,2,3 April 2011  : Stadium Melawati Shah Alam
3,4,5 Jun 2011    : SACC Convec, Shah Alam.
Oktober 2011     : SACC Convec, Shah Alam





dekat karnival ni macam2 pakej ada mengikut budget dan ketebalan poket masing2..so pada cik bubble, sebagai bakal pengantin yang mempunyai ketebalan poket yang agak tiris, cik bubble sangat berhati2 memilih pakej yang ditawarkan..

so dimana destinasi seterusnya? owh ok sebelum cik bubble terlupa, pada u ols yang jenguk blog cik bubble ni, kalau ada sesapa nak rekemenkan mana2 butik untuk cik bubble ni, cik bubble sangat2 hargai sebab insyaAllah kalau takde aral melintang, cik bubble plan dengan encik tunang yang kenduri berlangsung bulan 7 atau 9..


sila email cik bubble : bubble_lebam@yahoo.com