Tuesday, March 15, 2011

Nak Meniaga Tapi macam Tak Nak!!!

hari ni cik bubble rasa macam nak bakar duit je la..wallaaweyyy bakar duit la pulak..macam dah kaya sangat je kan..bukan bakar duit btol2 tau..u ols jangan salah faham dengan cik bubble plak..istilah bakar duit ni maksudnya nak bershopping atau apa2 jela yang memerlukan kita keluarkan duit..hari ni cik bubble rasa macam nak beli shawl je..

ye la kan..ingatkan baju je yang ada fesyen2 ni..tudung pun ada juga..dari yang ada anting2 sampaikan yang berkedut2 pun ada..so google punya google cik bubble terjumpa satu blog yang jual shawl..

KLIK!!KLIK!!KLIK!!

aik apesal kosong je blog ni..cik bubble salah masuk blog ke? atau ada masalah dengan internet connection? kebetulan ada call masuk so cik bubble pun biarkan la blog tu sementara waktu...lepas lebih kurang 5 min baru la nampak apa yang terkandung dalam blog tu..itu pun tak secara keseluruhan blog..hadoiiiiii boleh TERTIDO dibuatnya dan BUANG MASA!!!!



ni cik bubble nak nasihat sikit la ye pada peniaga2 online ni..kalo berniat nak buka business secara online..sila la ambil berat pasal hal kecepatan loading blog/website u ols tu...cepat atau lambat blog/website u ols tu sangat PENTING occay untuk buyer macam cik bubble ni..sama juga la konsep kalau kita pegi real kedai..masuk je kedai, staff atau owner kat situ masing2 muka kelat mencuka..kita yang niat nak bershopping ni jadi terbantut niat tu dek kerana kemasaman muka mengalahkan buah mangga muda..

buang la gadget2 yang tak sepatutnya..contohnya u ols letak gadget monyet yang terlompat2 kononnya cute tu..tak pun background yang bling2 kononnya nak bagi meriah blog..releven ke bendalah tu semua dalam business website u ols? pada cik bubble sebagai pembeli, yang penting dalam website tu barang yang dijual gambar mesti clear, info mesti jelas dan contact no mesti ada supaya senang nak contact..sebab cik bubble lebih suka nak berurusan melalui sms tak pun call..email2 ni leceh..kadang kala respond pun lambat..

bila dah jadi macam ni..legaaaa cik bubble sebab tak payah nak login maybank2u atau cimbclikcs...hari ni tak jadi aktiviti membakar duit...ngeeeee




Monday, March 14, 2011

Matta Fair 2011

semalam selepas menghadiri kursus perkahwinan, cik bubble ke matta fair yang bertempat di PWTC..dari stesen putra Setiawangsa, cik bubble transit di masjid jamek dan dari situ naik LRT star ke stesen PWTC..sampai je di PWTC, dari jauh dah boleh nampak orang ramai yang tak henti2 keluar masuk ke dalam PWTC..sangat crowded occay sehinggakan berlaga bahu sesama sendiri tu adalah pemandangan yang wajib dapat kita lihat di matta fair..standard karnival la kan..kalau tak ramai bukan karnival la namanya lagi2 karnival besar macam ni..




ramai kan? tapi ni tak cukup ramai kalau nak dibandingkan dengan yang kat dalam tu..memandangkan ni 1st time cik bubble jejakkan kaki ke matta fair ni (nampak sangat la cik bubble ni jarang bercuti kan) so ingatkan booth2 yang ada cuma kat bahagian luar jee..pusing punya pusing sampai dah naik letih kaki cik bubble berjalan, tibe2 terdetik dalam hati..dari mana dorang ni dapat goodies bag? rata2 dari pengunjung mesti bawa goodies bag matta fair sorang satu..

jalan punya jalan..sampai cik bubble sendiri pun tak tau mana nak pegi..just ikutkan aje la kaki ni melangkah, tiba2 ternampak macam satu kaunter..laaaa nak masuk kene bayar rupanya..so sila la bayar dulu sebelum masuk ye..haa tapi padan muka kat diri sendiri sebab sapa suruh datang lambat..goodies bag dah abis pun..huuu takpela cik bubble anggap takde rezeki nak dapat goodies bag (tapi dalam hari frusttt btol laaaaa!!!)


masuk je dalam dewan, mata cik bubble kan main meliar lagi sana sini..destinasi yang menjadi pilihan? semestinya PULAU PERHENTIAN..dah puas hati dengan segala penerangan dan juga info yang diberikan, cik bubble proceed booking dan bayar booking fee di kaunter..untuk pakej yang disediakan, cik bubble pilih pakej yang berharga RM450..harga asal ialah RM800 seorang


Pakej termasuk:
* Welcome Drink  *2 Nights Accommodation  * 2 Breakfast / 2 Lunch / 2 Tea / 1 Dinner & 1 BBQ Dinner
* 2 x Snorkeling Trips without Equipment (mask, snorkel & life jacket, rental at RM 30 per person per package)
* Return Speedboat Transfer  * 1 x Hybrid Station Trail  * 1 x Sunset Discovery  * Free WiFi

Booking fee : RM 200/person

dah selesai bayar booking fee, cik bubble tak tunggu lama untuk keluar dari dewan tu..sebab orang ramai berpusu2 keluar masuk..yang menjadi satu masalah bila nak keluar pun kene jalan berpusing2..padahal pintu keluar kat sebelah je..sakit hati betul!!!


nak keluar pun kene beratur macam gambar diatas..sebab keadaan sekeliling terlalu sesak..itu belum lagi nak bergerak pun slow..bila dapat jejak kaki kat pintu keluar tu..legaaaaaa!!!!

penat memang penat, tapi apa yang cik bubble nak dah dapat..kurang la sikit rasa penat dan sakit hati..hikssss
so PULAU PERHENTIAN, here I comeee..yeeebaaaaa yeeebaaaaa..nantikan la daku pada 7 Jun ini...


Sunday, March 13, 2011

Kursus Perkahwinan

aktiviti cik bubble sepanjang weekend ni ialah menghadiri kursus perkahwinan (wajib pergi ni sebab encik tunang dah banyak kali dok ingatkan pasal kursus ni)..cik bubble percaya u ols mesti tau kan sebab musabab kenapa kita sebagai seorang yang beragama Islam ni wajib menghadiri kursus perkahwinan sebelum bernikah..apa yang cik bubble tahu (kalau salah harap dibetulkan la ye)..kursus perkahwinan ni adalah sebagai persediaan kepada bakal-bakal pengantin menghadapi alam rumahtangga..dan juga membekalkan bakal-bakal penganting berkenaan pengetahuan dalam hidup berumahtangga yang kebanyakan dari kita semua ni pandang remeh...

kursus bertempat di Setiawangsa (sebaris dengan Wisma KRU)



dah sampai wani pesona kene isi borang dulu..tak sampai 5 minit pun isi borang


lepas isi borang, kene mendaftar dulu ye..


sebelum masuk bilik kursus, we ols diberikan fail macam budak2 sekolah selalu bawa tu..


selama 2 hari kursus, cik bubble and da geng dok belah belakang sikit..konon2 takut kene soal fasilitator la masa kursus sedang berjalan..



ok posing dulu sebelum balik...peaceee!!!!



Jadual Kursus Modul Bersepadu Kursus Pra-Perkahwinan Islam

Hari Pertama

Hari Kedua



so next week dah boleh ambil sijil...ngeeeeee