Friday, May 6, 2011

Biarkan anakku tertawa sebelum tahu ibunya telah tiada...

Suatu petang ketika orang ramai sedang sibuk untuk segera pulang kerumah masing-masing setelah melakukan tugas pekerjaan mereka, terlihat seorang ayah dengan 3 orang anaknya yang masih kecil sedang bermain-main.Mereka sedang menunggu datangnya bas yang sebentar lagi akan membawa mereka pulang.

Ketiga anak itu berusia antara 8,5 dan 3 tahun.Anak terkecil bagaikan seorang putri,ia begitu cantik dalam dakapan sang bapak.sedangkan kedua anak lainya yang lelakinya sedang asyik bermain kesana kemari....

Tibalah saatnya bas yang ditunggu datang, para penumpang pun seperti robot yang diperintahkan sama bergegas menuju pintu masuk kedalam bas,termasuk sang bapak dan ketiga-tiga anaknya.kemudian keluarga itu dapat duduk di kerusi yang disusun seperti kereta api .Lalu anak laki-lakinya beranjak dari kerusinya dan bermain sembunyi-sembunyi di celah-celah tubuh orang dewasa yang sebahagian besar mengisi ruang bas itu.mereka sambil berteriak gembira.

Terlihat beberapa penumpang yang wajahnya menjadi begitu muram. Mereka merasa tidak nyaman dengan keadaan itu.hingga akhirnya ada seorang penumpang lelaki yang terus menyatakan protesnya ke sang ayah... "Pak Cik, boleh tak larang anak pakcik bermain,disini, kami juga sebagai penumpang ingin tenang, sudah seharian kami penat bekerja,kami terasa terganggu!!"

Lalu sang ayah sambil menggendong putrinya pun menjawabnya dengan senyum...."Maaf ya encik? Ibu mereka baru saja meninggal tadi ini di hospital dan saya belum memberitahu hal ini ke mereka.Nanti sampai rumah saya akan mengatakannya,biarlah mereka merasakan kegembiraan yang menjadi hak mereka kerana saya merasa mereka akan banyak kehilangan kegembiraan setelah tahu bahwa ibu yang biasa mengasuh mereka dan menyayangi mereka setiap waktu sudah tidak bersama mereka lagi selamanya, encik tidak keberatan kah, kalau mereka bermain sebentar saja di bas ini?"


Mendengar apa yang dikatakan sang bapak,sebahagian penumpang yang mendengarnya lalu terdiam dan merenung,termasuk lelaki yang baru saja memperotes dengan tegas .Tiba-tiba mereka teringat akan kasih sayang dan kesalahan yang pernah mereka perbuat kepada ibu mereka..

Diam-diam ada diantara mereka yang menggambil handphone di kocek seluar mereka,lalu jari menaip mesej dengan segera "Ibu apa khabar? Besok pagi saya mahu pulang menjenguk ibu, maafkan segala kesalahan saya ibu"

Kemudian dia mengirimkan sms itu ke nombor ibunya, dan berharap dia masih diberi kesempatan untuk berjumpa dengan ibunya esok

----------------------------------------------------------------------------------

Selamat Hari Ibu kepada mak yang kini sedang bekerja di Melaka. Dan kepada semua para ibu, selamat hari ibu, pengorbanan kalian sangat besar dan tak ternilai harganya. I love my mom..mmuaaahhhssssssss




Aduhhhh Ramainya!!!!!

Dulu aku tak ambil kisah pun bila masa cuti sekolah, ye la sejak meninggalkan alam persekolahan ni, aku tak ambil tahu langsung apa-apa aktiviti berkenaan sekolah, teruknya la aku!!!! Dan kenapa aku memilih tarikh 29 Mei sebagai tarikh keramat aku? sebab seperti semua orang sedia maklum itu adalah tarikh cuti sekolah bermula. Ini bermakna ia merupakan hari untuk ibu bapa membawa anak-anak bercuti sakannnn dan juga adalah tarikh pilihan para bakal pengantin untuk melangsungkan perkahwinan mereka.

Dan tak terkecuali juga aku, memilih tarikh di kala cuti sekolah sebagai hari bahagia aku bersama bakal suami. Persiapan masih lagi dalam proses, ye la kan nak buat keje kenduri kendara especially kenduri kawen ni bukan keje senang, banyak aspek yang perlu diambil kira terutama bila 2 belah pihak akan bersama pada hari bahagia. 

Setakat hari ni, aku dapat 7 jemputan dari sahabat handai yang ingin melangsungkan perkahwinan. Tapi apakan daya sebab 5 dari 7 jemputan yang aku terima terpaksa aku pejam kan mata saja disebabkan aku juga telah memilih hari yang sama seperti korang. Apa korang ingat korang je ke yang nak bersanding? Hak hak hak

Kepada korang yang juga telah memilih 29 Mei 2011 sebagai hari bahagia, selamat pengantin baru dan semoga berbahagia sehingga ke cucu cicit. Semoga majlis kita nanti berjalan dengan lancar..Amin




Notakaki : lega bila BFF aku cakap belakang rumah dia ada pokok inai. Tak sabar rasanya nak memerahkan jari aku dengan inai

Thursday, May 5, 2011

Shopping Barang Baby @ Suria KLCC

Pagi tadi dalam kul 11 pagi disebabkan dek kerana malas nak mengadap pc, aku dengan ofismate pergi Suria KLCC untuk shopping barang-barang baby untuk diberikan pada seorang manager kat ofis aku yang baru dapat baby minggu lepas. Owhhh bestnya dapat baby!!!!!

Dalam kepala otak aku memang dah fikir kalau boleh nak beli something yang boleh dipakai untuk long term. So aku decide untuk beli baju baby 2 jenis. Satu untuk umur baby dari 0-6bulan dan satu lagi untuk  dipakai selepas 6 bulan sehingga setahun setengah.

Pilih punya pilih sampai rambang mata aku, padahal dalam hati memang seronok giler sebab dapat tengok baju baby yang cute mute. Kalau ikut nafsu setan aku ni, semua barang kat situ aku nak beli sebab cute sangat-sangat. Lately aku sangat teruja la bila tengok baju budak especially baju budak perempuan dengan gaun kembang..peghhhhhhhh mata aku memang melekat lama la tengok gaun-gaun budak perempuan ni. Sangat bahaya untuk poket aku yang nipis ni tau!!!!!




Tak banyak gambar sebab aku lebih sibuk memilih berbanding nak ambik gambar. Dan apa yang aku beli pun aku lupa nak ambik. Tapi yang aku notice, kalau window shopping, aku prefer follow mak-mak buyung yang 2 orang tu sebab aku sangat teruja. Kat ofis aku ni dah 3 orang mak buyung, pening bos aku..hak hak hak.

Selingan untuk entry aku kali ni

Korang para ibu tu tak teruja ke tengok gaun-gaun budak perempuan yang macam ni?





Aku sangat teruja walaupun belum lagi bergelar ibu. Sangat cute la gaun kembang macam ni. Bila masuk mana-mana kedai jual baju budak, memang gaun budak la yang aku cari dulu. Aku beli tak? Takde maknanya sebab aku masih boleh berfikir secara waras. Kalau aku beli maknanya aku dah melakukan satu pembaziran.


Wednesday, May 4, 2011

Kenangan Lalu Mencengkam Kalbu!!!

Tajuk entry kali ni memang mabeles la. Jarang sangat aku guna ayat sastera macam ni. Tadi aku buka FB then aku notice yang membe aku ada tag satu video. Mula-mula tu aku malas nak tengok tapi yang buat aku teruja nak klik juga video tu bila tajuk dia "Kenangan Bebudak DMC KUTKM@UTeM"

Masa aku blaja diploma dulu, batch ktorang dinamakan DMC (Diploma Mechanical Engineering) dan ktorg adalah 1st group untuk batch diploma, kiranya kami adalah otai dan juga senior untuk diploma kat UTeM tu la. Masa tu diploma belum pernah lagi ditawarkan dekat UTeM sampai la kami masuk. Dah nama pun budak-budak baru lepas habis sekolah, so semua perangai pun memang macam budak-budak sekolah.

Kasi layannnn video kenangan zaman diploma aku suatu masa dulu


 

Aku sangat merindui zaman sekolah teknik sehingga la ke diploma. Sebab masa ni la saat-saat aku mula menjadi budak nakal (amboiii cik bubble ni, jadi budak nakal pun bangga ke? aku bukan bangga occay tapi aku rasa aku puas sebab dapat menikmati zaman-zaman remaja dengan kenangan yang best). Dapat kawan-kawan satu bilik yang ngam dan sekepala. Tapi paling best masa diploma sebab kami satu kelas sama-sama bergurau senda. Dan ada tu siap boleh tido kat belakang masa lecturer sibuk membebel kat depan, standard kuliah la kan kat mana-mana pun mesti ada yang tido belakang kelas masa time kelas.

Oh ya!! Peringatan kepada kaum hawa yang nak tengok video tu, minta korang bersiap sedia la sebab ada aksi-aksi yang sedikit keterlaluan. Almaklum jela budak engineering kan, perangai ikut suka hati je tapi sebenarnya itu yang buat aku rasa best je dapat kawan-kawan macam dorang, sebab dorang menjadi diri sendiri. Dan paling senang bila nak minta tolong, ada je yang sanggup hulurkan bantuan. 

Bila tengok video ni, macam kelakar pun ada sebab kebanyakan dari kami semua dah bergelar ibu dan bapa (opsss kecuali aku). Kalau la dorang tengok balik perangai dorang masa muda-muda dulu, apa agaknya reaksi kawan-kawan aku ni. Apapun DMC 02/05 memang terbaekkkkk!!!!!!


Tuesday, May 3, 2011

Terkurung

Salam semua. Mesti korang perasan yang aku dah lama tak update blog kan? Actually banyak la aku nak cerita tapi aku rasa terkurung. Kenapa terkurung? Entry aku sebelum ni ada aku cerita pasal Unifi yang sangat mengecewakan. Sampai ke hari ni memang takde action langsung dari pihak mereka. Call CS? Dah beribu kali call pun tetap tak pernah angkat, pelik betul la. Sibuk sangat ke dorang ni? Dan disebabkan itu dah seminggu tak dapat access internet dari ofis kecuali bila aku dapat pinjam berukband ofis atau ofismate aku. Nak buat macam mana kan, terpaksa la share sana sini berukband yang ada.

Kat rumah plak, sampai ke hari ni pc aku tak setel2 lagi. So macam mana aku nak access internet kalau dah dalam keadaan macam ni? Jangan bagi idea suruh aku pegi CC plak..hahaha. So untuk sementara waktu ni, aku terpaksa la membiarkan blog aku bersawang tapi untuk sementara waktu aje occay. Korang jangan tak jenguk sini pulak. Kang aku merepek meraban sorang-sorang dah macam syok sendiri plak (alaaa cik bubble, selama ni ada kau kesah ke kau merapu sorang-sorang)

sekadar gambar hiasan